Bahaya penyalahgunaan dadah

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 14 OGOS – Sebagai usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), terutamanya pelajar-pelajar pengambilan baharu di IBTE Kampus Sultan Bolkiah (SBC), Seria, taklimat pencegahan narkotik telah diadakan di Teater Kuliah Mekanikal kampus berkenaan, hari ini.

Selain meningkatkan kesedaran, taklimat berkenaan juga merupakan acara tahunan oleh Biro Kawalan Narkotik (BKN) untuk memberigakan maklumat dalam kalangan belia terutamanya pelajar, mengenai dadah yang kerap didapati oleh BKN di negara ini dan bagaimana penyalahgunaannya boleh mempunyai impak negatif bukan sahaja kepada individu malah kepada masyarakat secara keseluruhannya. Kira-kira 100 orang pelajar dari Sekolah Maklumat, Komunikasi dan Teknologi kampus berkenaan telah mendengarkan taklimat tersebut yang disampaikan oleh Pegawai Narkotik di BKN, Haji Hassan bin Abdul Halim.

Semasa sesi berkenaan, wakil dari BKN dapat bercakap dengan pelajar mengenai pelbagai topik, antaranya menekankan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia yang dipengaruhi masalah sosial serta menjelaskan mengenai keperluan dan kepentingan pencegahan penyalahgunaan dadah. Selain itu, para pelajar dapat mengajukan sebarang pertanyaan kepada wakil BKN untuk menambah lagi pengetahuan mereka pada penghujung taklimat.

Antara pelajar yang menghadiri taklimat berkenaan.