MANAMA, Bahrain, 2 Feb – Bahrain telah mengalu-alukan langkah Maghribi dalam secara rasmi memasuki semula Kesatuan Afrika (AU), menganggapnya sebagai satu langkah bijak dan dalam kepentingan wilayah Afrika.
Langkah itu juga mempromosikan kerjasama di antara Maghribi dan ahli-ahli AU dan mengukuhkan tindakan bersama Afrika, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar.
Ia memuji peranan penting serantau dan antarabangsa Maghribi, mengatakan bahawa, dengan kemasukan semula ke AU, Maghribi akan berupaya untuk menyumbang dan menyokong pembangunan dan penyatuan keamanan dan keselamatan, untuk mengukuhkan kapasiti AU dalam menghadapi beberapa cabaran dan mencapai aspirasi, kemajuan dan kemakmuran rakyatnya. – NNN