Wednesday, January 15, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bahrain lapor kes pertama varian Omicron

    ANKARA, 12 DIS – Bahrain turut melaporkan kes pertama COVID-19 varian Omicron membabitkan individu yang pulang dari luar negara, menurut laman Twitter Kementerian Kesihatan.

    Bagaimanapun, kementerian tidak mendedahkan negara berkenaan.
    Menurut kementerian langkah kesihatan yang perlu sudah diambil serta pesakit itu kini diasingkan dan tiada kontak rapat dalam kes itu , lapor Anadolu.

    Saintis di Afrika Selatan pada 24 November mengumumkan penemuan varian Omicron yang mempunyai beberapa mutasi.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia kemudian mengisytiharkan ia sebagai “varian yang membimbangkan” dan setakat ini telah dikesan di 57 buah negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda