Bahrain tangguh kebenaran adakan solat Jumaat

MANAMA, 4 JUN – Kebenaran mengadakan solat Jumaat pada 5 Jun ditangguhkan, kata Kementerian Kehakiman, Hal Ehwal Islam dan Wakaf, lapor agensi berita Bahrain (BNA).

Keputusan itu diumumkan susulan mesyuarat antara presiden Pasukan Petugas Perubatan Kebangsaan untuk memerangi COVID-19, Shaikh Mohammed Abdullah Al Khalifa dengan ketua Wakaf Sunni, Shaikh Rashid Mohammed Al Hajiri dan ketua Wakaf Jaafari, Youssif Saleh Al Saleh.

Mesyuarat diadakan bagi mengkaji langkah pencegahan memerangi COVID-19 dan meneliti laporan terkini mengenai lonjakan jumlah kes disebabkan perhimpunan awam sempena Aidilfitri. – Bernama