Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baidu umum dana AS$1.5b bagi pemanduan

    BEIJING, 22 Sept – Syarikat gergasi Internet China, Baidu kelmarin mengumumkan pelaburan bernilai AS$1.5 bilion dalam projek-projek pemanduan sendiri dalam masa tiga tahun lagi, ketika ia berusaha untuk mempelbagaikan portfolio dan bersaing dengan pesaing-pesaingnya seperti Google.

    Dalam masa tiga tahun, ‘Apollo Fund’ akan melabur 10 bilion yuan (AS$1.5 bilion) dalam lebih 100 projek pemanduan autonomi, kata syarikat itu dalam siaran akhbar.

    Enjin pencarian Baidu mendominasi Internet China dan iklan-iklan dalam talian yang menjadi aliran hasil pendapatan penting.

    Namun sejak tindakan keras oleh pihak berkuasa dalam perniagaan pengiklanan onlinenya selepas skandal tahun lepas berhubung promosi rawatan perubatan palsu, ‘China Google’ berusaha untuk menumpu pada kepintaran buatan (AI), melabur dengan banyak dalam sektor tersebut.

    Gambar fail 21 April 2016 menunjukkan seorang wanita melintasi petak Baidu di Pameran Teknologi Antarabangsa China (Shanghai) di Shanghai. – AFP

    Baidu berharap menjadi yang pertama dalam membangunkan kenderaan berkeupayaan memandu sendiri melalui sensor dan perisian berkuasa.

    Tindakan cemerlang menggunakan teknologi itu akan membantu firma China bersaing dengan syarikat induk Google, Alphabet dan Waymo, subsidiarinya yang pakar dalam kereta pemanduan sendiri, serta pengilang kereta Amerika, Tesla.

    Baidu melancarkan versi awal platform autonomi sumber terbuka yang dikenali sebagai ‘Apollo’ pada Julai. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda