Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Baiduri bawa keceriaan untuk 10 lagi keluarga

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Sukarelawan Bank Baiduri telah menganjurkan kegiatan membeli-belah terakhir dalam Siri Let’s Give Back This Ramadan untuk membeli barangan keperluan bagi 10 buah keluarga kurang berkemampuan di Daerah Belait.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, disini, hari ini, para sukarelawan berkenaan membantu membelikan barangan keperluan harian dan asasi bagi pihak keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan di Soon Lee Megamart Pandan, Kuala Belait.

    Turut hadir semasa aktiviti berkenaan ialah Ketua Pengurusan Pemulihan Aset Kumpulan, Yvonne Chan dan Ketua Perbankan Institusi dan Perbendaharaan Kumpulan, Awangku Nor Muhammad Nizam bin Pengiran Haji Tengah.

    Keluarga-keluarga berkenaan dikenal pasti menerusi Impian Project, iaitu sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan untuk menangani isu-isu sosial di Negara Brunei Darussalam dengan menyediakan bantuan untuk meningkatkan kebajikan golongan yang terdedah dan pelbagai upaya di dalam negara.

    Kenyataan menyatakan bahawa dalam tempoh minggu kebelakangan ini, lebih 100 orang sukarelawan telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam inisiatif untuk menyediakan para keluarga yang kurang berkemampuan ketenangan fikiran dan keriangan dalam persediaan mereka untuk meraikan Sambutan Hari Raya yang bakal menjelang.

    Sukarelawan Baiduri memeriksa senarai semasa membeli-belah di Soon Lee Megamart Pandan. – Gambar serahan Bank Baiduri
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...