Monday, January 20, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri Capital anjur Webinar Internet Global

    BANDAR SERi BEGAWAN, 23 APRIL – Selaras dengan usahanya untuk memaklumkan pelabur dengan trend dan pembangunan terkini dalam pasaran kewangan global, Baiduri Capital dengan kerjasama Nikko Asset Management menganjurkan satu webinar pelaburan bertajuk ‘Global Internet 2021: Diversification is Key’ baru-baru ini.

    Menurut satu kenyataan yang diterima, webinar diadakan untuk menilai bagaimana sektor Internet global mencatat kenaikan mendadak dalam prestasi disebabkan gabungan beberapa faktor, seperti tahap tinggi kecairan pasaran dan pelaksanaan inisiatif e-dagang tatkala kerajaan melancarkan langkah penjarakan sosial dalam respons terhadap pandemik global COVID-19.

    Pengurus Besar Baiduri Capital, Peng Eng Soon berkata, “Kami telah pun melihat kesan bagaimana dunia pasca COVID telah memberikan sektor Internet global satu rangsangan besar, dan dengan itu, timbulnya peluang pertumbuhan baharu yang dapat direbut oleh pelabur.

    Beliau menambah, “Di Baiduri Capital, kami komited untuk membantu pelanggan kami merebut peluang pasaran dan mengatasi cabaran baharu. Kami melakukannya dengan melengkapi mereka dengan pengetahuan serta sokongan dan cadangan khas berdasarkan keperluan mereka, supaya mereka diperkasa untuk membuat keputusan pelaburan yang betul.”

    Webinar dikendalikan oleh Pakar Pembangunan Perniagaan ETF (Singapura), Calvin Neo, yang bertanggungjawab memacu pertumbuhan perniagaan ETF Nikko Asset Management di Asia Tenggara, dan Pakar Pembangunan Perniagaan ETF (Hong Kong), Joe Yip, yang bertanggungjawab memacu pertumbuhan perniagaan ETF firma di Asia Utara.

    Dana Niaga Tukaran, atau ETF merupakan sejenis dana pelaburan yang terdiri daripada beberapa sekuriti yang sama dengan dana bersama namun diniagakan seperti saham.

    Peserta diberikan analisis mengenai prestasi sektor sebelum ini, dan pelbagai faktor telah menyumbang kepada peningkatan mendadak dalam e-dagang, termasuk pendigitalan komunikasi, hiburan dan bayaran.

    Webinar juga melihat faktor yang menjana permintaan untuk perkhidmatan dalam talian di seluruh dunia, sebelum melihat pada pelbagai teknologi ETF dalam pasaran.

    Turut dibincangkan dalam webinar adalah kepentingan pempelbagaian dalam sektor Internet global. Speaker mengakhiri webinar dengan analisis peluang dan cabaran dalam sektor untuk seluruh tahun ini.

    Sesi webinar yang dikendalikan salah seorang pakar pembangunan perniagaan ETF yang dianjurkan baru-baru ini. – Gambar serahan Baiduri Capital
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda