Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri Capital hos bengkel perdagangan sekuriti

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Bagi mengemas kini pelanggan mengenai trend pasaran kewangan, Baiduri Capital telah menghoskan bengkel bagi pelanggan-pelanggannya yang berlangsung di Pusat Pembelajaran dan Pembangunan Baiduri, Kiarong, semalam.

    Menurut kenyataan Bank Baiduri, dalam bengkel berkenaan, topik mengenai perdagangan sekuriti dan produk-produk pendapatan tetap telah dibincangkan oleh penceramah jemputan, Richard Jio yang merupakan pengurus urus niaga Phillip Capital Group dengan lebih 10 tahun pengalaman urus niaga dan penasihat dalam industri kewangan.

    Bengkel tersebut bermatlamat untuk memberikan panduan dan pendidikan kepada para pelanggan yang aktif melabur dalam sekuriti dan pendapatan tetap.

    Richard Jio ketika mengendalikan bengkel berkenaan.

    Baiduri Capital adalah subsidiari Bank Baiduri yang menawarkan produk-produk pelaburan dalam kelas-kelas aset berlainan, menyediakan pelanggan dengan pelbagai pilihan untuk memenuhi profil risiko berlainan.

    Di samping perdagangan sekuriti, para pelanggan boleh melabur ke dalam bon-bon, ETF serta amanah saham dan pelaburan berkaitan dengan pelan insurans nyawa.

    Pelabur-pelabur berpotensi diperlukan untuk melengkapkan penilaian profil risiko pelanggan bagi memastikan bahawa mereka memahami risiko mereka sebelum mengambil mana-mana produk pelaburan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda