Baiduri Capital lancar promosi baharu

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Sept – Dalam usaha bagi mempelbagaikan manfaat portfolionya dengan melabur dalam Unit Amanah Saham, Baiduri Capital telah melancarkan promosi pelaburan baharu.

Unit Amanah Saham, salah satu produk yang ditawarkan melalui Baiduri Capital, merupakan satu bentuk pelaburan kolektif yang dikendalikan secara profesional untuk dilaburkan ke dalam stok, bon, instrumen pasaran kewangan jangka pendek dan sekuriti lainnya.

Menurut Pengurus Besar Baiduri Capital, Peng Eng Soon “Mempunyai lebih banyak manfaat dalam penghasilan portfolio dapat mengurangkan risiko pelaburan.”

Unit Amanah Saham, tambahnya, juga membenarkan pelabur mendapat pendedahan kepada pelbagai kelas aset.

Baiduri Capital menawarkan pelbagai Unit Amanah Saham dari BlackRock, Franklin Templeton, Philip Capital Management dan UOB Asset Management.

Daripada pelaburan serendah $1,000 ke dalam dana tersebut, pelanggan Baiduri Capital yang baharu dan sedia ada boleh menikmati diskaun 50 peratus ke atas caj jualan. Selain Unit Amanah Saham, Baiduri Capital juga menawarkan pelbagai produk pelaburan yang sesuai dengan objektif kewangan khusus untuk pelanggan seperti bon, perdagangan sekuriti, dana dagangan bursa dan insurans hayat berkaitan pelaburan.