Baiduri Capital lancar promosi pelaburan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Sejak penubuhannya lima tahun lalu, Baiduri Capital telah menawarkan pelbagai produk pelaburan untuk memenuhi matlamat pelaburan yang berlainan dan selera risiko pelanggan-pelanggannya.

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran pentingnya bagi belajar bagaimana untuk melabur dan memberikan perkembangan terkini kepada pelanggan mereka mengenai trend semasa serta perkembangan dalam pasaran kewangan global, Baiduri Capital melancarkan Promosi Investing in Your Tomorrow yang telah bermula 9 November lalu sehingga penghujung Mac 2021 dan dibukakan kepada pelanggan sedia ada dan baharu.

Baiduri Capital dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menjelaskan bahawa bagi setiap jumlah ditetapkan yang dilaburkan dalam securities termasuk saham dan Dana Dagangan Pertukaran (ETF), bon atau amanah saham semasa tempoh promosi, para pelanggan layak untuk mendapat satu peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dalam acara cabutan bulanan atau dalam cabutan utama di akhir tempoh promosi.

Kenyataan turut menyatakan bahawa setiap bulan semasa tempoh promosi, lima orang pelanggan yang layak akan dipilih secara rawak untuk memenangi baucar membeli-belah dan makanan bernilai $250 setiap satu.

Pemenang bulanan juga layak bagi cabutan bulanan seterusnya jika mereka memenuhi kriteria pelaburan itu lagi semasa tempoh promosi.

Pelbagai hadiah menarik menanti para pelanggan bertuah di cabutan utama termasuk peranti Microsoft Surface Pro 7, Pen Surface and tetikus Surface bagi pemenang hadiah ketiga, satu set televisyen 65-inci OLED Ultra HD Samsung dan Dyson V7 Absoluter Plus bagi pemenang kedua dan penginapan tiga hari dan dua malam di The Empire Brunei serta kipas Dyson Pure Cool Purifier bagi pemenang hadiah pertama.

Mengulas mengenai promosi itu, Pengurus Besar Baiduri Capital, Peng Eng Soon berkata bahawa sejak memasuki pasaran kira-kira lima tahun lalu, Baiduri Capital telah mengembangkan jumlah pelanggannya di mana kebanyakan mereka adalah profesional muda yang melabur dalam pasaran securities buat kali pertama.

Dalam tempoh itu, jelasnya, pihaknya telah memperkenalkan pelbagai penyelesaian pelaburan untuk memenuhi permintaan dan matlamat yang berlainan pelanggan mereka.

Menerusi seminar dan bengkel pelaburan yang dikendalikan bersama rakan-rakan strategik, pihaknya telah membantu untuk mengembangkan keupayaan pelaburan pelanggan mereka dengan pandangan yang berharga daripada pakar-pakar industri.

Beliau menerangkan bahawa promosi itu bermatlamat untuk memberikan penghargaan kepada pelanggan dengan peluang untuk memenangi pelbagai jenis hadiah daripada pengalaman makan kepada gajet yang menarik.

Beliau juga menyatakan harapan menerusi promosi itu, ia akan menarik minat pelanggan mereka untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan untuk memenuhi matlamat pelaburan mereka.