Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Baiduri, First Emporium lancar promosi TBC

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Sempena perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) yang bakal tiba tidak lama lagi, Bank Baiduri bekerjasama dengan First Emporium & Supermarket (Cawangan) Batu Satu untuk melancarkan promosi Huat through the Aisles.

    Dalam promosi yang akan berjalan sehingga hujung Januari itu, pemegang kad kredit dan debit Baiduri berpeluang untuk memenangi baucar beli-belah dalam cabutan mingguan di mana 10 pemenang akan dipilih pada setiap minggu.

    Untuk menyertainya, peserta perlu berbelanja pada jumlah minimum dengan kad Baiduri di First Emporium & Supermarket (Cawangan) Batu Satu atau dalam talian. Bercakap mengenai promosi tersebut, Ketua Perbankan Runcit di Bank Baiduri, Lim Kian Chiong berkata, “Kami berbesar hati untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami ketika mereka membuat persiapan untuk perayaan dan menyambut TBC. Kami berharap ia akan memberikan sedikit keterujaan, kegembiraan dan nasib baik.”

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...