Baiduri juarai Kejohanan Boling BAB

Gambar daripada BAB

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 DIS – Seramai 40 orang kakitangan daripada tujuh ahli Persatuan Bank-bank Brunei (BAB) telah menyertai Kejo-hanan Boling BAB yang diadakan di Pusat Boling Utama, Batu 1, Jalan Tutong, baru-baru ini.

Para peserta dibahagikan kepada lapan pasukan dan bersaing dalam tiga permainan iaitu boling 10 pin, sembilan pin dan lapan pin.

Pasukan Bank Baiduri muncul sebagai juara diikuti oleh pasukan Bank Standard Chartered di tempat kedua dan pasukan Bank Islam Brunei Darussalam di tempat ketiga.

Penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Bank of China (Hong Kong) Limited, cawangan Brunei, Wang Xiaolin.

Gambar ramai para peserta Kejohanan Boling BAB yang berlangsung di Pusat Boling Utama.
Wang Xiaolin menyampaikan hadiah kepada pasukan Bank Baiduri yang menjuarai kejohanan berkenaan.