Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri lancar kad kredit baru

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 April – Dengan melancong menjadi bahagian penting dalam gaya hidup masyarakat Brunei, Bank Baiduri melancarkan Kad Kredit Baiduri Visa Infinite dan Platinum yang dipertingkatkan.

    Bercakap pada sidang media di The Empire Hotel & Country Club di sini hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Pierre Imhof berkata, sejumlah besar pelanggan mereka sering melancong, dan untuk memenuhi keperluan yang bertambah, mereka telah mempertingkatkan kad Baiduri Visa Infinite dan Baiduri Visa Platinum untuk mempunyai ciri Visa payWave dan keahlian ‘DragonPass’, iaitu program revolusi teman lapangan terbang digital.

    Antara keistimewaan bagi pemegang kad tersebut adalah mereka akan mendapat keistimewaan-keistimewaan global, tawaran pelancongan eksklusif, 24/7 Visa Concierge, terbaik dalam pasaran program ganjaran pelanggan dan naik taraf kepada Visa payWave iaitu pembayaran tanpa sentuh dan sebagainya.

    “Selain itu, Kad Kredit Baiduri Visa Infinite dan Baiduri Visa Platinum yang dipertingkatkan akan melengkapkan produk-produk kewangan, perkhidmatan dan manfaat nilai tambah yang ditawarkan kepada pelanggan kami,” tambah Pierre Imhof.

    Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Pembangunan Perniagaan Visa Singapura dan Brunei, Roy Wong dan Ketua Pembangunan Perniagaan Kanan dari Visa, Aaron Tey, Ketua Pegawai Eksekutif DragonPass Asia Pasifik, Becky Lim dan juga pihak pengurusan kanan Bank Baiduri.

    Sesi bergambar ramai bersama warga Bank Baiduri, DragonPass Asia Pasifik dan Visa.
    Sesi bergambar ramai bersama warga Bank Baiduri, DragonPass Asia Pasifik dan Visa.
    Pierre Imhof dan Roy Wong (kanan) merasmikan pelancaran Kad Kredit Baiduri Visa Infinite dan Baiduri Visa Platinum yang dipertingkat.
    Pierre Imhof dan Roy Wong (kanan) merasmikan pelancaran Kad Kredit Baiduri Visa Infinite dan Baiduri Visa Platinum yang dipertingkat.

    Pengurus Cawangan Visa Negara Singapura dan Brunei, Ooi Huey Tyng berkata bahawa mereka gembira bekerjasama dengan Bank Baiduri, rakan penting mereka untuk mempertingkatkan cadangan produk bagi Kad Kredit Baiduri Visa Infinite dan Baiduri Visa Platinum.

    “Di Visa, kami sentiasa mencari peluang untuk memberikan faedah dan keistimewaan relevan kepada pemegang kad dan melalui peningkatan berkenaan, pemegang kad Visa kini dapat menggunakan ciri-ciri pembayaran tanpa sentuh kad berkenaan dan keahlian DragonPass,” ujarnya.

    Dengan keahlian DragonPass, bermula 1 Mei 2017, pemegang kad kredit tersebut akan dapat mengakses lebih 900 ruang istirahat lapangan terbang selain keistimewaan dan potongan harga di lapangan terbang di seluruh dunia yang juga boleh digunakan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan.

    Tambahan lagi, pemegang kad akan menerima lebih 50 peratus diskaun di lebih 2,000 buah restoran lapangan terbang, sehingga 20 peratus potongan harga daripada kadar runcit bagi pengangkutan limo lapangan terbang, naik taraf bilik hotel, keistimewaan-keistimewaan runcit daripada kedai-kedai fesyen mewah dan jenama mewah serta banyak lagi.

    Kesemua pemegang kad Baiduri Visa Infinite dan Platinum baru dan sedia ada boleh menikmati keahlian DragonPass secara percuma dengan mengaktifkan melalui pendaftaran aplikasi DragonPass yang boleh dimuat turun melalui GooglePlay Store atau App Store.

    Kad Kredit Baiduri Visa Infinite dan Baiduri Visa Platinum diterima di berjuta-juta tempat di seluruh dunia serta akses kepada lebih 700,000 ATM dalam rangkaian ATM Global Visa.

    Ahli-ahli kad juga menikmati perkhidmatan bantuan kecemasan percuma di seluruh dunia, yang boleh didapati melalui Perkhidmatan Concierge 24/7 Visa Platinum dan Visa Infinite. Selain itu kad dilengkapi dengan insurans perjalanan percuma dengan liputan premium.

    Dari 31 Mac hingga 30 Jun, pelanggan yang memohon Kad Kredit Baiduri Visa Infinite atau Baiduri Visa Platinum akan menikmati sehingga 2 peratus rebat tunai ke atas perbelanjaan mereka di luar negara, pembelian dalam talian dan transaksi Visa payWave.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda