Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Baiduri lancar promosi sungkai, sahur

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Bersempena bulan suci Ramadan akan datang, Bank Baiduri telah melancarkan promosi A myriad of local favourite dan Santai Sahur khusus untuk pemegang kad bank.

    Sepanjang Ramadan, pemegang kad kredit dan debit Baiduri boleh menikmati rebat tunai maksimum apabila berbuka puasa (sungkai) atau makan malam (sahur) di restoran yang mengambil bahagian dalam promosi berkenaan.

    Rebat tunai untuk A myriad of local favourite dihadkan pada $50 dan hanya untuk pelanggan yang menikmati hidangan mereka di restoran terpilih bank berkenaan manakala rebat tunai untuk Santai Sahur dihadkan pada $20 dan untuk pelanggan makan malam dan bawa pulang sahaja.

    Dalam promosi ini, lebih 20 buah restoran telah menyertai dalam promosi A myriad of local favourites pada setiap hari Jumaat hingga Ahad saja dan Santai Sahur dari Isnin hingga Ahad.

    Ketua Perbankan Runcit Bank Baiduri, Lim Kian Chiong, berkata, “Menjelang bulan puasa ini, kami berasa gembira untuk mengumumkan bahawa promosi makan khas untuk pelanggan kami. Kami memahami kepentingan berbuka puasa bersama insan tersayang dan kami ingin menjadikan pengalaman tersebut kenangan yang tidak dapat dilupakan.

    “Promosi dengan restoran menawarkan pelbagai pilihan daripada bufet sungkai tradisional kepada sajian ala carte dan sajian ala kafe. Kami berharap promosi ini akan membawa kegembiraan kepada pemegang kad pada masa istimewa ini,” katanya.

    Selain itu, bermula dari 23 Mac hingga 21 April 2023, Bank Baiduri turut menawarkan tawaran pendaftaran manakala bagi mereka yang mendaftar untuk Kad Visa Diraja Brunei bank berkenaan mendapat pengecualian yuran tahunan selama empat tahun.

    Sementara bagi mereka yang mendaftar untuk mana-mana kad kredit atau debit Baiduri yang lain mendapat pengecualian yuran tahunan selama dua tahun.

    Pelanggan yang memindahkan baki kad kredit mereka dari bank lain akan menikmati kadar faedah sebanyak 1 peratus selama setahun.

    Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Baiduri, sila layari laman sesawang Bank di www.baiduri.com atau ikuti akaun media sosial Bank Baiduri.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...