Baiduri Masters 2019 di Kelab Golf Pantai Mentiri

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mac – Baiduri Masters 2019 akan diadakan di Kelab Golf Pantai Mentiri buat pertama kalinya sejak 2005.

Menurut Presiden Baiduri Masters 2019, Andrew Young, “Kami teruja mengadakan kejohanan di Kelab Golf Pantai Mentiri. Setiap padang golf mempunyai karakter dan gayanya tersendiri.”

Tambah beliau, “Pantai Mentiri merupakan salah sebuah padang golf paling lama dan masih mengekalkan rekod yang terpanjang. Meskipun ia sudah terkenal dalam kalangan para pemain golf, ia merupakan padang yang mencabar dan bermain di bawah par bukan sesuatu yang mudah.”

Menurutnya lagi, “Beraksi kembali di Pantai Mentiri adalah seperti kembali kepada di mana ia bermula. Ia sedikit nostalgik. Kami berterima kasih kepada jawatankuasa pantai berkenan atas sokongan mereka dan kami sangat gembira menyaksikan sokongan yang berterusan daripada para pemain golf pada tahun ini.”

Dalam kejohanan ini, tiga buah kereta dan sebuah motorsikal, BMW R Nine T akan menjadi hadiah rebutan untuk hole in one.