Baiduri Masters tampil lebih banyak pemain baharu

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Menjelang akhir minggu pertama Baiduri Masters di Kelab Golf Pantai Mentiri, lebih banyak kemajuan telah diraih tatkala kemasukan dua lagi pemain baharu iaitu juara Baiduri Masters 2018, Johari Ahmad dan Haji Kuswady bin Pungut.

Dalam kejohanan tersebut, Mohd Aritz Maldini bin Haji Abdul Majid masih mengekalkan kedudukan teratas dengan skor 69. Manakala Suhaimi bin Haji Ibrahim memperbaiki permainannya dengan dua pukulan semalam yang melihatnya terikat gross 71 dengan Dato Harith bin Haji Karim, Haji Shahminan bin Haji Damit dan Diny bin Haji Karim.

Sementara itu, Zulhilmi bin Haji Rosli, Johari bin Ahmad, Lai Suan Loong dan Ahmad Yani terikat dengan keputusan gross 72.

Menguasai 12 kedudukan teratas ialah pemain baharu, Haji Kuswady bin Pungut dengan gross 73, dan Chu Vui Kiat dan Nujaimi bin Haji Jumat kekal dengan gross 74.

Pertandingan Baiduri Masters akan diteruskan lagi dari 19 sehingga 21 April ini. Seramai 12 pemain gross tertinggi pada keseluruhannya akan berpeluang untuk bersaing merebut Jaket Hijau pada pertandingan terakhir.

Para pemain Kejohanan Baiduri Masters ketika sesi bergambar ramai pada hari ketiga kejohanan tersebut.