Tuesday, October 4, 2022
22.9 C
Brunei

Baiduri raikan kumpulan pertama perantis GAP

-

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan Bank Baiduri

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Kumpulan pertama perantis bagi Program Perantisan Graduan (GAP) diiktiraf dan diraikan dalam majlis tamat program bagi para perantis yang baru menamatkan program perantisan selama enam bulan, kelmarin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, di sini, hari ini, acara yang diadakan di Ruang Komuniti Baiduri, Ibu Pejabat Bank Baiduri itu dihadiri oleh para perantis, ketua-ketua jabatan serta anggota jawatankuasa pengurusan bank berkenaan.

Kenyataan menyatakan bahawa semasa acara itu, para perantis menerima sijil daripada bank untuk mengiktiraf secara rasmi bahawa mereka telah menamatkan program itu dan setiap perantis berpeluang untuk memberikan pembentangan pendek mengenai perjalanan dan pertumbuhan dalam program itu, termasuk mengimbas kembali mengenai pelbagai acara di mana mereka terlibat.

Tiga orang perantis telah ditawarkan pekerjaan tetap dengan kumpulan bank berkenaan, manakala perantis lain telah berjaya untuk mendapatkan temu duga dengan syarikat-syarikat lain.

Ti Eng Hui ketika menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan.
Ti Eng Hui bergambar ramai bersama para peserta yang telah berjaya menamatkan program enam bulan itu.

Dayang Hasanah binti Awang Abdul Harith yang kini bertugas di Jabatan Audit Dalaman, berkata bahawa salah satu pelajaran yang paling penting dipelajarinya melalui program itu adalah untuk tidak membiarkan rasa takut menghalang dirinya daripada mencuba.

Pengalamannya, tambah beliau, sering mengingatkannya bahawa bukan semua akan berjalan seperti yang dirancang tetapi dirinya hanya perlu yakin dengan proses di mana ia merupakan satu pelajaran yang baik untuk dibawa ke dunia pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui dalam ucapan alu-aluannya memuji para perantis kerana berjaya menamatkan program itu dan bagi semua sumbangan me-reka kepada bank berkenaan sepanjang tahun lalu.

Beliau juga berkata, betapa tinggi permintaan bagi program seperti GAP dan bagaimana ia menambah nilai kepada pembangunan profesional graduan-graduan tempatan.

Ia adalah untuk menyo-kong matlamat 1 Wawasan Brunei 2035 yang mencerminkan aspirasi negara dikendalikan meluas bagi tenaga kerja yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya.

Ti Eng Hui berkata GAP menawarkan sebuah peluang yang unik bagi para graduan yang baru menamatkan pengajian mereka untuk memperoleh pengalaman bekerja yang bernilai dan memberikan mereka tapak yang lebih kukuh dalam pasaran pekerjaan.

GAP merupakan sebuah program pembangunan dan pembelajaran holistik selama enam bulan yang bertujuan untuk menyediakan bagi graduan-graduan yang baru menamatkan pengajian mereka dengan pengalaman, kemahiran dan ilmu pengetahuan yang diperlukan bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pasaran pekerjaan tempatan.

Lebih daripada 270 permohonan telah diterima semasa pengambilan pertama program itu pada awal 2021 dan setelah proses pemilihan yang melibatkan penilaian bertulis dan temu duga, kumpulan bank berkenaan mengalu-alukan seramai 11 orang perantis ke dalam program itu pada April 2021.

Permohonan bagi pusingan baharu program berkenaan telah ditutup pada bulan lalu dan perantis-perantis baharu akan diumumkan dalam bulan-bulan yang mendatang.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik keempat

SEOUL, 2 OKT – Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik kelmarin, menjadikan keseluruhan empat pelancaran minggu ini oleh negara bersenjata nuklear itu. Ujian itu...
- Advertisment -