BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Bank Baiduri dengan kerjasama Pasar Raya dan Gedung Perniagaan Sim Kim Huat (SKH) telah melancarkan Promosi ‘Win a Shopping Spree’ bagi para pemegang kad Baiduri.
Sepanjang tempoh promosi bermula awal September hingga penghujung Disember ini, dengan setiap pembelian $50 dalam satu resit menggunakan kad kredit atau debit Bank Baiduri, pelanggan akan berpeluang berbelanja sakan dengan nilai $200 secara percuma.
Mereka yang berbelanja sekurang-kurangnya $100 dalam satu resit akan menerima beg membeli-belah percuma. Selain itu, semua pemegang kad Baiduri akan menikmati diskaun 10 peratus bagi semua barangan di gedung perniagaan tersebut.
Menurut kenyataan Bank Baiduri, 10 pemenang bertuah akan dipilih setiap bulan.