Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Baiduri taja yuran 21 pelajar

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 APRIL – Sebagai sebahagian daripada sokongan tahunannya kepada pelajar kurang berkemampuan di negara ini, Bank Baiduri telah menyerahkan sumbangan tajaan yuran sekolah kepada 21 orang pelajar.

    Majlis penyerahan sumbangan tajaan yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat bank berkenaan telah diadakan secara maya.

    Para pelajar telah dicalonkan oleh sekolah yang mengambil bahagian dari semua daerah, menurut kenyataan yang dikeluarkan Bank Baiduri.

    Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah St Andrew; Sekolah St George; Sekolah Menengah Chung Hwa; Sekolah Menengah Chung Ching; Sekolah Menengah Chung Hua, Belait; Sekolah Chung Hwa, Labi; Sekolah Chung Lian, Sungai Liang; Sekolah St Angela; Sekolah Chung Hwa, Kiudang; Sekolah Chung Hwa, Tutong; dan Sekolah Pai Yuek, Temburong.

    Hadir pada majlis maya itu ialah pengetua-pengetua dan wakil sekolah-sekolah.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui berkata inisiatif itu bermula 20 tahun lalu semasa perayaan Tahun Baharu Cina dan telah menjadi inisiatif berterusan sejak itu.

    “Selama bertahun-tahun, kami telah dapat menyokong ratusan pelajar untuk meneruskan pengajian mereka dengan tujuan untuk memotivasikan mereka mencapai kecemerlangan akademik dan menyumbang kembali kepada masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran mereka,” tambah beliau.

    Menurut beliau lagi, dalam semangat memberi kembali untuk pendidikan, Bank Baiduri juga telah menyumbangkan 100 komputer riba serba baharu kepada Kementerian Pendidikan untuk tujuan pembelajaran di rumah semasa pandemik.

    Ti Eng Hui dan wakil-wakil sekolah bergambar ramai semasa majlis penyerahan sumbangan ta-jaan yang diadakan secara maya. – Gambar serahan Bank Baiduri
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...