Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri tawar diskaun TBC di tujuh restoran

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Feb – Sempena kedatangan Tahun Baru Cina ini, Bank Baiduri dengan kerjasama tujuh buah restoran menawarkan diskaun sehingga 50 peratus kepada para pemegang kad kredit Baiduri jika menikmati hidangan di restoran-restoran berkenaan.

    Promosi berkenaan akan ditawarkan pada hari-hari tertentu yang penting bagi Sambutan Tahun Baru Cina iaitu Malam Tahun Baru Cina, Hari Yee Sang pada hari ketujuh sambutan dan Chap Goh Meh pada hari terakhir Sambutan Tahun Baru Cina.

    Bank Baiduri dalam kenyataannya menjelaskan, semasa promosi itu, pelanggan yang membayar bil menggunakan kad Infinite dan Platinum Baiduri masing-masing akan menikmati diskaun 50 peratus dan 40 peratus, sementara itu, mereka yang membayar menggunakan kad Emas dan Klasik akan menikmati diskaun 30 Peratus. Tiada perbelanjaan minimum diperlukan tetapi diskaun maksimum adalah $88 setiap resit.

    Sehubungan dengan itu, restoran-restoran yang ikut serta adalah Restoran All Season; Restoran Dynasty; Emperor’s Court: Restoran GK; Horizons Seafood Restaurant; Restoran Vanda dan Li Gong.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda