Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Baiduri tawar promosi pemilikan rumah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Membeli sebuah rumah buat kali pertama boleh menjadi impian menjadi kenyataan, namun ia juga boleh menjadi salah satu keputusan kewangan terbesar yang diambil seseorang yang memerlukan perancangan teliti serta bimbingan pakar.

    Untuk menyokong aspirasi ini, Bank Baiduri mengamalkan pendekatan holistik dengan menyediakan bimbingan percuma menerusi pakar runding gadai janji berpengalaman khusus untuk memenuhi keperluan dan cita rasa individu, serta proses permohonan mudah dan kelulusan yang cepat.

    Sehubungan itu, Bank Baiduri telah melancarkan promosi Let’s Grow Together yang memberikan pemilik rumah berpotensi penjimatan besar ke atas pemilikan rumah. Tawaran juga termasuk pembiayaan semula rumah, pengeluaran ekuiti rumah serta pinjaman pelaburan harta.

    Menurut kenyataan yang diterima hari ini, mulai sekarang sehingga 29 Jun 2022, pemohon yang berjaya menda-patkan Pinjaman Pemilikan Rumah atau Pinjaman Pembiayaan Semula Rumah boleh meminjam sehingga 95 peratus daripada nilai harta pada kadar faedah serendah 4 peratus.

    Sementara itu, pemohon untuk Pinjaman Pengeluaran Ekuiti Rumah boleh meminjam sehingga 90 peratus daripada nilai harta pada kadar faedah serendah 4.5 peratus, sementara untuk Pinjaman Pelaburan Harta, pemohon boleh meminjam sehingga 85 peratus daripada nilai harta pada kadar faedah serendah 5 peratus.

    Promosi itu ditawarkan kepada pelanggan Bank Baiduri baharu dan sekarang yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

    Bercakap mengenai promosi itu, Ketua Perbankan Runcit Bank Baiduri, Lim Kian Chiong, berkata, “Kami berharap kami dapat membantu meringankan bebanan pemilik rumah berpotensi menerusi kadar faedah lebih rendah dan tempoh pinjaman lebih lama. Ia membenarkan pembeli rumah berpotensi menikmati penjimatan lebih besar daripada bayaran faedah, serta bayaran balik bulanan lebih rendah, sekali gus menjadikannya lebih mampu untuk memiliki harta.

    “Selain itu, pakar runding gadai janji dan perancang kewangan kami sentiasa bersedia membantu pelanggan membuat keputusan yang paling sesuai dengan keperluan mereka. Rundingan boleh dilakukan secara dalam talian atau pertemuan secara janji temu, mana-mana yang lebih senang untuk pelanggan.”

    Terma dan syarat penuh promosi boleh dilihat di laman web Bank Baiduri.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...