Baik pulih pusat akuatik – PRANS

SEREMBAN, 14 Mei – Persatuan Renang Amatur Negeri Sembilan (PRANS) meminta kerajaan negeri menaikkan taraf dan membaik-pulih Pusat Akuatik Negeri (PAN), Paroi di sini memandangkan segala alatan dan kemudahan renang di situ didapati sudah lama dan usang.

Presiden PRANS Zainal Othman berkata alatan dan kemudahan renang di PAN terutama papan skor elektronik dan pad sentuh perlu ditukar baharu kerana sudah tidak berfungsi.

“Semua alatan dan kemudahan renang di PAN ini telah mula digunakan sejak Negeri Sembilan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) pada tahun 2004 dan tidak pernah diganti,”katanya.

“Bermakna sudah 15 tahun alatan dan kemudahan ini digunakan dan sudah sampai masanya ia ditukar baharu.” – Bernama