Baik pulih segera kerosakan jalan raya

Saya ingin mengajukan surat pembaca ini kepada pihak-pihak relevan untuk menangani permasalahan yang saya ajukan ini dengan secepat yang mungkin.

Permasalahan yang ingin saya suarakan di sini adalah mengenai kerosakan jalan penghubung Kampung Masin menuju ke Kampung Parit dan Kampung Batong iaitu dari persimpangan simpang 754-43 ke simpang 754-43-48 sehingga ke simpang 754-43-48-56-10.

Perkara ini sudah dilakukan aduan kepada pihak relevan sejak penghujung tahun 2016, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas atau tindakan yang dilakukan. Kami sebagai penduduk di persekitaran sudah mencari alternatif sendiri memperbaikinya menggunakan perbelanjaan sendiri bagi memudahkan kenderaan awam untuk menggunakan jalan berkenaan. Seolah-olah kami pula sebagai wakil untuk pihak relevan melakukan pembaikan jalanan berkenaan.

Kini keadaan jalan raya semakin hancur dan berlubang dan tambahan pula keadaan jalan akan bertukar menjadi lebih becak ketika musim hujan. Bagi kereta-kereta biasa setentunya tidak mudah untuk melalui kawasan berkenaan, apatah lagi jika berlakunya kecemasan bagaimana kami dengan mudahnya melalui kawasan ini? Cuba fikirkan dengan rasional, sedangkan kami penduduk di kawasan ini mengalami kesukaran melalui jalan-jalan ini, bagaimana pula dengan kenderaan-kenderaan kecemasan seperti ambulan untuk melintasi jalan ini?

Di harap surat pembaca ini dapat membuka mata pihak relevan untuk melakukan pemantauan dan pembaikan sesegera yang mungkin yang selama ini seperti diendahkan sahaja tanpa memikirkan kesejahteraan dan kebajikan pengguna

Penduduk sekitar

Antara kawasan persimpangan yang mengalami kerosakan menurut penulis. – Gambar serahan penulis