Baim Wong antara 100 YouTuber terbaik Indonesia

Pelakon Baim Wong meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan dan peluang untuk dia sekeluarga mencari rezeki dalam bidang lain iaitu menjadi seorang YouTuber.

Memetik laporan Liputan6, Baim memberitahu dia juga tidak pernah menjangkakan akan menjadi salah seorang daripada 100 YouTuber terbaik.

“Selepas saluran YouTube saya berjaya mencecah satu juta langganan, saya memang bersyukur sangat kerana Allah memberi peluang kepada saya untuk mencari rezeki dalam bidang yang berbeza. Apabila disenaraikan dalam kategori 100 YouTuber terbaik, saya jadi keliru tetapi tetap bersyukur atas rezeki ini. Ketika itu, saya benar-benar menyedari bahawa Allah itu Maha Baik,” katanya.

Saluran YouTube Baim Paula kini mempunyai lebih 137 juta langganan dan 682 video yang telah dikongsikan. – Agensi

Baim Wong bersyukur dan tidak menjangka menjadi salah seorang daripada 100 YouTuber terbaik Indonesia. – Agensi