Baim Wong mengaku salah marah warga emas

Isu pelakon Indonesia Baim Wong memarahi warga emas akhirnya selesai selepas pelakon itu mengaku bersalah dan tampil mohon maaf.

Baim sedar tindakannya terhadap warga emas yang dikenali sebagai Pak Suhud adalah tidak beradab sebaliknya perlu ada rasa hormat.

“Saya mengaku bersalah. Walaupun sebelum ini saya rasa saya langsung tidak bersalah. Tapi bila difikirkan semula saya sedar saya ada kekurangan iaitu tidak tahu adab,” kata Baim menerusi podcast bersama Deddy Corbuzier. Dia datang mengunjungi kediaman warga emas Suhud tersebut untuk berdamai dan hubungan mereka semakin rapat.

“Dia itu orang tua, macam mana pun juga dia orang tua, dan itu namanya mengherdik, ada dalilnya dan itu enggak boleh. Kita harus merendahkan diri kita, dan aku salah. “Jadi ini salah saya dan saya akuinya. Hati rasa tenang saat berjumpa dengan Pak Suhud, orangnya baik,” katanya lagi. Susulan tindakannya itu juga, Baim Wong hilang 300,000 subscriber dan terkeluar dari Top 5 paling ramai pengikut YouTube. – Agensi

Baim sedar tindakannya terhadap warga emas yang dikenali sebagai Pak Suhud adalah tidak beradab sebaliknya perlu ada rasa hormat. – Agensi