Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Baim Wong tak puasa?

    Bulan Ramadan yang datang setahun sekali memberi banyak makna kepada kita sebagai umat Islam.

    Selain menahan diri daripada lapar dan dahaga, bulan puasa juga mengajar kita erti kesabaran dan ketaatan dalam menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara kurang baik.

    Mungkin disebabkan kedatangan bulan puasa sekali hanya setahun, ramai yang terlupa untuk ‘berpuasa’ gara-gara rutin makan siang atau mengunyah jajan pada waktu senggang.

    Hal ini yang dialami oleh pelakon dan YouTuber popular Indonesia, Baim Wong. Menerusi sepotong video yang viral baru-baru ini, kelihatan Baim sedang memeriksa keadaan kolam renang yang sedang dibaik pulih di kediamannya.

    Sambil melihat perkembangan kerja-kerja pembaikan, Baim dilihat mengunyah sesuatu sambal gelagatnya terus dirakam oleh jurukamera.

    Hal tersebut berlaku pada siang hari di bulan Ramadan, ketika semua umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.

    Menariknya, Baim sempat menghulurkan makanan yang sedang dinikmatinya kepada salah seorang pekerja yang berada di situ, namun ditolak kerana katanya dia berpuasa.

    “Eh saya makan? Lupa… kenapa tak cakap,” katanya sambil mengeluarkan semula makanan di mulutnya.

    Namun meninjau ruangan komen, memberitahu bahawa video berkenaan merupakan video lama. – Agensi

    Baim sempat menghulurkan makanan yang sedang dinikmatinya kepada salah seorang pekerja yang berada di situ, namun ditolak kerana katanya dia berpuasa. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...