Wednesday, February 8, 2023
31.8 C
Brunei

-

Bajet 2023 akan diteliti semula

KUALA LUMPUR, 5 DIS – Bajet 2023 akan diteliti semula dan diubah suai dengan mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kewangan (MOF) serta Kabinet Kerajaan Perpaduan yang baharu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata beliau akan memberi ruang kepada Kementerian Kewangan serta jemaah menteri bagi menambah baik Bajet 2023 yang sedia ada.

“Saya fikir sebahagian besar (daripada belanjawan itu) boleh diterima walaupun ramai yang membuat andaian bahawa saya akan menentang semua cadangan tersebut.

“Cadangan yang baik kita boleh teruskan,” katanya pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Pada masa yang sama, Anwar menegaskan bahawa beliau akan menumpukan usaha untuk menguruskan ekonomi negara dan membina keyakinan pelabur.

“Banyak syarikat pelaburan dari India, China, Eropah serta Amerika Syarikat telah meminta temu janji untuk minggu akan datang, dan saya akan menumpukan pada menjana pertumbuhan ekonomi,” katanya. 

Terdahulu hari ini, Anwar telah mempengerusikan mesyuarat khas jemaah menteri yang pertama di Perdana Putra selepas pengumuman barisan Kabinet baharu yang dianggotai 28 menteri serta dua timbalan perdana menteri pada minggu lepas. – Bernama

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di sini, kelmarin. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -