Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Bajet 2023 fokus teknologi automasi, digital

    KUALA LUMPUR, 12 SEPT – Bajet 2023 akan memberi fokus kepada penggunaan pesat teknologi automasi dan digital serta pembangunan tenaga kerja yang sedia untuk masa depan, kata Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa.

    Beliau berkata kerajaan dengan kerjasama pelbagai pihak giat mempersiapkan Malaysia ke arah transformasi digital bagi memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan saksama.

    Katanya, untuk Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, penting untuk memastikan ekosistem digital negara diperkukuh dan bakat masa depan diasah.

    “Pendigitalan, penerima gunaan teknologi dan inovasi penting untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan. 

    “Bagi tujuan menyokong pembangunan inovasi di Malaysia, dari 2021 hingga 2022, kerajaan juga telah meluluskan 99 projek dan program melalui penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) dengan pelaburan berjumlah RM5.6 bilion untuk sektor tersebut,” katanya. 

    Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan KL Venture Finance Forum 2022 (KLVF22) dan sambutan ulang tahun ke-20 Malaysia Dept Ventures Bhd (MDV) di sini hari ini. 

    Yamani berkata dalam usaha untuk memperkasakan sektor teknologi, Kementerian Kewangan telah menerbitkan Kertas Konsultasi Awam (KKA) untuk Bajet 2023 bertajuk ‘Dasar Penggunaan Barangan, Perkhidmatan dan Teknologi Hasil Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Tempatan Dalam Perolehan Kerajaan’.

    “Ia bagi melindungi dan membangunkan industri tempatan, mengurangkan kebergantungan kepada barangan import serta meningkatkan daya saing dan daya tahan selain membangunkan keupayaan teknologi tempatan untuk menyokong ekosistem pemindahan teknologi, pengkomersialan dan pemasaran hasil R&D tempatan,” katanya. – Bernama

    Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba (tengah) bergambar bersama Yamani Hafez Musa (kanan) dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan sempena majlis pelancaran KL Venture Finance Forum 2022 dan Sambutan Ulangtahun ke-20 Malaysia Dept Ventures Berhad di sebuah hotel, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...