Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Bajet 2023: Malaysia serius siap siaga pertahanan negara

    KUALA LUMPUR, 9 OKT – Peningkatan peruntukan bagi aspek pertahanan dalam Bajet 2023 menunjukkan keseriusan kerajaan terhadap tahap kesiapsiagaan pertahanan negara walaupun pada ketika negara berhadapan cabaran ekonomi global.

    Pakar pertahanan dan keselamatan antarabangsa, Prof Dr Adam Leong Kok Wey berkata RM4 bilion yang diperuntukkan untuk pembelian dan penyelenggaraan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membolehkan perancangan pembelian aset baharu dan canggih, selain pemantapan aset sedia ada dilaksanakan.

    “Bajet pertahanan 2023 yang lebih tinggi berbanding tahun lepas membuktikan kerajaan menitikberatkan pertahanan negara walaupun berdepan cabaran ekonomi global yang tidak menentu.

    “Ini menggariskan kepentingan pertahanan negara perlu sentiasa diberi perhatian ekoran risiko strategik terhadap negara tidak pernah pudar,” katanya kepada Bernama. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...