Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Bajet 2023 meningkat ketara berbanding bajet 2022, 2021

    KUALA LUMPUR, 7 OKT – Bajet 2023 memperuntukan sejumlah RM372.3 bilion, peningkatan ketara berbanding Bajet 2022 yang memperuntukan sebanyak RM332 bilion dan Bajet 2021 yang berjumlah RM322 bilion.

    Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata belanjawan bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ ini menyediakan RM272.3 bilion bagi Belanja Mengurus dan RM95 bilion bagi Belanja Pembangunan.

    “… RM5 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19, sejumlah RM2 bilion disediakan sebagai Simpanan Luar Jangka,” kata beliau ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

    Bajet 2023 adalah yang kedua di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan yang kedua sejak Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilancarkan pada 27 Sept tahun lepas.

    Tengku Zafrul berkata Bajet 2023 dipandu oleh 3R – Responsive, Responsible, Reformist (Responsif, Bertanggungjawab, Reformis).

    “Bajet 2023 akan segera responsif kepada sebarang cabaran dan melalui bantuan yang komprehensif kepada Keluarga Malaysia, bukan sekadar kumpulan B40 tetapi juga M40, wanita, belia, Orang Kurang Upaya (OKU) dan semua segmen masyarakat,” katanya. – Bernama

    Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bercakap pada sidang media selepas membentangkan Bajet 2023 di Parlimen, kelmarin.- Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...