Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Bajet 2023 tumpuan sidang Parlimen ke-15  

    KUALA LUMPUR, 25 NOV – Meluluskan emolumen penjawat awam akan menjadi isu pertama yang akan dibentangkan pada sidang Parlimen – perkara paling utama di bawah kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Bajet 2023 dibentangkan semula.

    “Sudah tentu kita perlu meluluskan emolumen (penjawat awam) terlebih dahulu pada 19 Disember supaya penjawat awam tidak perlu risau.

    “Selepas itu beri kami sebulan lagi, kemudian kami akan membentangkan bajet baharu atau bajet yang disemak semula,” kata Anwar semasa sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri semalam. Sesi pada 19 Disember ini akan menjadi yang pertama untuk sesi Parlimen ke-15.

    Bajet 2023 dibentangkan pada 7 Oktober lepas oleh Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion.

    Tiga hari kemudian, pada 10 Oktober, Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

     Profesor Madya Putra Business School, Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata selain meluluskan emolumen penjawat awam, kerajaan juga mempunyai pilihan untuk membentangkan bajet mini bagi enam bulan pertama, sama seperti yang berlaku pada 1999.

    Langkah itu katanya akan memberi lebih banyak masa untuk kerajaan perpaduan menyelitkan inisiatif baharu yang dijanjikan dalam manifesto mereka pada bajet berikutnya untuk baki enam bulan lagi.

    “Pada 1999, mereka (kerajaan ketika itu) membentangkan bajet mini. Jadi, fokus bajet mini 2023 adalah untuk menangani isu mendesak berkaitan kos sara hidup dan kadar inflasi yang tinggi,” katanya kepada Bernama. – Bernama

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media pada hari pertamanya memasuki Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...