Baju pelancong China cetus kontroversi

HANOI, 15 Mei – Satu gambar sekumpulan pelancong China memakai baju-T menggambarkan tuntutan Beijing bagi Laut China Selatan telah mencetuskan kemarahan dalam talian di Vietnam, menimbulkan gesaan bagi pelancong-pelancong itu dihantar pulang.

Baju-baju itu menunjukkan sebuah peta China dan tujuh garisan, sempadan laut yang ditemui pada peta era 1940-an, yang menurut Beijing sebagai bukti ia memiliki sebahagian besar kawasan laut itu, meskipun adanya tuntutan daripada Vietnam dan beberapa buah negara lain.

Kawasan yang dipertikaikan itu menjadi isu besar di Vietnam, yang mempunyai sejarah konflik dengan jirannya itu.

Sekumpulan pelancong itu tiba di lapangan terbang Cam Ranh malam Ahad dan telah ditahan oleh anggota keselamatan di meja imigresen, menurut seorang pegawai polis lapangan terbang kepada AFP.

“Kami telah meminta mereka untuk menukar baju sebelum membenarkan mereka meninggalkan lapangan terbang,” kata pegawai itu, tanpa memberikan namanya kerana ia adalah isu sensitif.

Sebahagian netizen berkata bahawa para pelancong itu tidak dialu-alukan di Vietnam. – AFP