Bakal berkahwin tahun depan

Pelakon Johan Asa’ari, mengakui sudah bersedia menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya yang juga pengusaha ladang penternakan lembu selepas lebih setahun berkenalan.

Johan berkata, jika tiada aral, 2020 bakal menyaksikan dia melangkah ke alam perkahwinan dan berharap niat sucinya itu dipermudahkan.

“Walaupun berjauhan kerana dia berada London, kami masih lagi berhubungan. Dia baharu sahaja menghantar mesej dan bertanya mengenai majlis yang saya hadiri ini. Sebelum ini, saya memang sudah bersedia untuk berkahwin, cuma jodoh belum sampai. Insya-Allah, 2020 akan menjadi tahun luar biasa dan berharap, semua pihak mendoakan saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem Banglo No 99, baru-baru ini.

Terdahulu, pelakon berusia 32 tahun itu membuat pengakuan, sedang berkawan rapat dengan seorang wanita yang menetap di utara tanah air, namun masih terlalu awal untuk menyifatkan hubungan mereka sebagai bercinta.

Berkongsi pengalaman membintangi filem genre seram itu, Johan mengakui, dia berdepan pengalaman mendebarkan ketika di lokasi penggambaran. – Agensi

Johan berkata, jika tiada aral, 2020 bakal menyaksikan dia melangkah ke alam perkahwinan dan berharap niat sucinya itu dipermudahkan. – Agensi