Bakal disaman AS$22 juta

TOKYO, 10 DIS – Pengawal selia keselamatan Jepun menyarankan pembuat kereta Nissan didenda 2.4 bilion yen disebabkan laporan tidak lengkap mengenai bayaran pampasan bekas pengerusinya, Carlos Ghosn.

Badan pengawas, Suruhanjaya Pengawasan Sekuriti dan Tukaran berkata, hari ini ia telah memberikan cadangan kepada pihak agensi perkhidmatan kewangan kerajaan mengenai pendedahan dokumen dari tahun 2014 hingga 2017.

Nissan Motor Co berkata mereka akan menerima denda tersebut dan membetulkan dokumen-dokumen keselamatan pada bulan Mei, walaupun keputusan muktamad akan diambil selepas mereka menerima notis rasmi.

“Syarikat memandang serius cadangan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini Nissan telah didakwa membuat laporan pampasan Ghosn yang tidak lengkap.

Ghosn telah ditahan pada bulan November 2018 dan dibenarkan ikat jamin. Dia telah didakwa membuat laporan pampasan tidak lengkap dan salah laku kewangan.

Dia mengatakan dirinya tidak bersalah dan menyatakan dia tidak pernah bersetuju atau dibayar tentang hal pampasan.

Perbicaraannya masih belum dimulakan. Pendakwa raya berkata mereka yakin akan menjalankan kes ini namun tidak akan memberikan apa-apa maklumat.

Peguam Ghosn berkata dakwaan merupakan konspirasi di kalangan Nissan, pegawai kerajaan dan pendakwa untuk menggulingkan Ghosn untuk menghalang penggabungan penuh bersama Renault SA dari Perancis. – AP