Bakal gamit hati penonton

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Tayangan perdana Hari Minggu Yang Ke-Empat telah berlangsung malam ini di Empire Cineplex, Jerudong, di sini dengan dihadiri oleh para penaja dan tetamu-tetamu has.

Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Rashid bin Pengiran Kerma Raja Pengiran Haji Kamarulzaman dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad Abdul Haffiz bin Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Haji Muhammad Bey Muntassir.

Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali; Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan; dan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum.

Pengarah filem tersebut, Siti Kamaluddin dalam ucapan alu-aluannya menjelaskanbahawa perjalanan pembuatan filem Hari Minggu Yang Ke-Empat sebagai perjalanan yang mencabar tetapi beliau berharap ia akan menjadi cara pembuatan filem yang mapan di Brunei.

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Rashid dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad Abdul Haffiz bergambar ramai bersama pengarah dan pelakon filem Hari Minggu Yang Ke-Empat.
Siti Kamaluddin bergambar ramai bersama Awang Wardi dan keluarga semasa tayangan perdana filem Hari Minggu Yang Ke-Empat.

“Hari Minggu Yang Ke-Empat mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan sepenuhnya, kami berharap dengan ini, akan lebih banyak filem tempatan negara ini bakal diterbitkan lagi,” jelasnya.

Beliau juga turut menyampaikan penghargaan kepada para penaja dalam menjayakan filem ini yang antaranya terdiri dari Progresif, Borneo Bulletin dan Media Permata, Radio Televisyen Brunei, Jollibee, Hertz, Archipelago, Cuckoo, Tiong Jaya, Aeon, D’Sunlit, Golden Corporations, SBRJ, Nazmi Textile Mall, Fitness Zone, Coffee Bean and Tea Leaf, Potato Habit, Harwood, Oppo, Wang Jia Wang, Matrix, Bajoo, Aiking Trading – O3 and Mr Brown, Colourland and Smart Paint, Rainfresh, HTG, Wira Rimba, Pelancongan Brunei, Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Penerbangan Awam Brunei. Tayangan umum seluruh negara akan diadakan pada 14 Jun ini.