Bakal jemaah umrah berlatih lakukan saie

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Lebih 100 orang bakal jemaah umrah telah menyertai Latihan Perhimpunan Saie anjuran At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd yang berlangsung di Budiman Walk, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, hari ini.

Latihan berkenaan merupakan yang pertama diadakan pada tahun ini, bagi musim umrah 2019 dan disertai rombongan R1 hingga R3.

Tujuan latihan diadakan adalah untuk memberi sedikit ilmu kepada para jemaah yang akan menunaikan umrah di tanah suci nanti.

Jemaah umrah yang mengikuti pakej At-Taqwa dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan penerbangan pertama akan berlepas ke tanah suci pada 16 November ini.

Lebih 100 orang bakal jemaah umrah menyertai latihan perhimpunan Saie.