Monday, April 28, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bakal jemaah umrah hadiri taklimat

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB), pengendali utama perkhidmatan haji dan umrah di Negara Brunei Darussalam, hari ini telah mengadakan taklimat umrah bagi 13 kumpulan jemaah yang akan mengerjakan ibadah umrah pada Disember ini.

    Lebih 500 orang bakal jemaah umrah menghadiri taklimat berkenaan yang berlangsung di Dewan Tokyo, Airport Mall, Berakas.

    Sesi taklimat telah disampaikan oleh Pengurus Am DSSB, Haji Jefri bin Haji Bachee dan Pegawai Eksekutif Haji dan Umrah DSSB, Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Rahman.

    Para bakal jemaah diterangkan mengenai cara pengurusan dan perjalanan sepanjang mengerjakan ibadah umrah, di samping itu mereka berkesempatan mendengarkan dan menghayati kelebihan di sebalik rahmat yang bakal diperolehi oleh mereka yang berpeluang mengerjakan ibadah umrah nanti.

    Selain itu, bakal jemaah turut diketengahkan dengan kefahaman terperinci mengenai cara mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah.

    Kumpulan pertama bakal jemaah umrah dijangka berangkat ke Tanah Suci pada 2 Disember dan kembali ke tanah air pada 13 Disember, ini diikuti dengan 12 kumpulan jemaah umrah lain yang juga akan berangkat sekitar Disember nanti termasuklah mereka yang mengikuti pakej perjalanan Umrah Plus ke Istanbul.

    Dalam kesempatan ini, DSSB memaklumkan kepada orang ramai yang berkeinginan untuk mengerjakan ibadah umrah pada 2024 bahawa pendaftaran adalah dibukakan sekarang dan tempahan tempat duduk masih lagi ada kekosongan.

    Bakal jemaah umrah yang menghadiri taklimat berkenaan. – GAMBAR SERAHAN DSSB
    Antara bakal jemaah umrah diberikan penerangan semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN DSSB

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda