Wednesday, December 7, 2022
24.6 C
Brunei

-

Bakal jemaah umrah hadiri taklimat

Oleh Nurdiyanah R.
Gambar serahan DSSB

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB) selaku pengendali haji dan umrah di bawah Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB), hari ini, telah mengadakan taklimat umrah khusus tiga kumpulan yang akan menunaikan ibadah umrah yang berlangsung di Dewan Mahligai, Airport Mall, Berakas.

Taklimat berkenaan disampaikan oleh Penolong Pengurus Am, Jabatan Haji dan Umrah, DSSB, Pengiran Haji Ibarahim bin Pengiran Haji Bakar yang antaranya memberikan pemahaman lebih mendalam kepada jemaah mengenai apa yang dijangkakan semasa perjalanan umrah mereka.

Sementara itu, Pegawai Agama, Jabatan Haji dan Umrah, DSSB, Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Rahman turut menyampaikan tazkirah penghayatan ibadah umrah dan menerangkan kaedah-kaedah berkaitan dengannya.

Beliau turut mengingatkan bakal jemaah akan manfaat dan keberkatan yang dikurniakan kepada mereka ketika mengerjakan umrah. Di akhir taklimat, para jemaah juga mengikuti praktikal tawaf dan sai serta cara pemakaian kain ihram.

Sehubungan itu, bagi kumpulan pertama akan berlepas pada pertengahan bulan ini dan dijangka kembali pada 26 November. Ia akan diikuti oleh dua kumpulan lagi yang akan ke berlepas ke Arab Saudi pada 26 November dan 29 November.

Dalam pada itu, DSSB juga ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa jadual pakej umrah 2023 masih dibukakan untuk pendaftaran dan tempat duduk masih tersedia bagi mereka yang berminat.

Manakala bagi pakej pelancongan Islam, DSSB akan menghantar kumpulan ke Turkiye, Bandar Balkan dan Korea yang juga akan berlepas Disember ini.

Sehubungan itu, untuk maklumat lanjut mengenai pakej pelancongan DSSB, orang ramai dialu-alukan untuk menghubungi mereka.

Antara bakal jemaah umrah yang menghadiri sesi taklimat berkenaan.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penghormatan buat Jiang Zemin

BEIJING, 6 DIS – Siren kedengaran di seluruh China hari ini ketika Parti Komunis mengadakan perkabungan bekas pemimpin, Jiang Zemin, memberi penghormatan kepadanya sebagai...
- Advertisment -