Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Bakar diri dekat pejabat PM Jepun

    TOKYO, 21 SEPT – Seorang lelaki membakar dirinya dekat pejabat Perdana Menteri Jepun, hari ini, sebagai bantahan kepada rancangan pengebumian negara bagi bekas perdana menteri, Shinzo Abe yang dibunuh, lapor media tempatan.

    “Kami menyedari seorang lelaki yang melecur ditemui oleh seorang pegawai polis pada 7 pagi ini di persimpangan di bawah pejabat kabinet,” kata jurucakap tertinggi kerajaan Hirokazu Matsuno.

    Media tempatan berkata lelaki berusia 70an itu dibawa ke hospital dan dalam keadaan sedar.

    TV Asahi melaporkan dia memberitahu polis dia menentang majlis yang dirancang untuk Abe. Menurut stesen televisyen itu, seorang pegawai polis yang cuba memadamkan api turut cedera dalam kejadian itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...