Wednesday, February 19, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bakar semangat dalam realisasikan impian

    ULASAN SIRI TV OLEH RUZAINI HAJI DAUD

     

    LARI daripada tema romantik dan komedi sebagaimana elemen tipikal yang disajikan dalam kebanyakan siri drama Korea merupakan antara ciri yang cuba ditampilkan dalam siri drama Mystery Queen yang lebih banyak menumpukan kepada elemen drama, aksi dan misteri.

    Ia merupakan sebuah siri drama yang diarahkan oleh Kim Jin-woo dan Yoo Yeong-eun serta skripnya ditulis oleh Lee Seong-min. Manakala bintang utama yang dipilih untuk siri drama tersebut adalah Choi Kang-hee, Kwon Sang-woo, Lee Won-keun dan Shin Hyn-bin.

    Pada dasarnya, drama ini mengisahkan mengenai Yoo Seol Ok lakonan Choi Kang-hee yang sangat gemar membaca novel misteri dan seram sehingga mendorong beliau menanam impian untuk menjadi seorang detektif.

    Ternyata impian tersebut hanya sebuah angan-angan indah kerana apabila meningkat dewasa dan berkahwin, Yoo Seol Ok hanya menjadi seorang suri rumah tangga dan mempunyai seorang suami yang bekerja sebagai seorang pendakwaraya.

    Yoo Seol Ok lakonan Choi Kang-hee bekerjasama dengan Ha Wan-Seung lakonan Kwon Sang-woo dalam menyelesaikan pelbagai misi dalam drama Mystery Queen.
    Yoo Seol Ok lakonan Choi Kang-hee bekerjasama dengan Ha Wan-Seung lakonan Kwon Sang-woo dalam menyelesaikan pelbagai misi dalam drama Mystery Queen.

    Bagaimanapun, impian Yoo Seol Ok untuk menjadi seorang detektif itu jelas tidak pernah padam dan beliau juga telah bertemu dengan seorang pemuda yang bernama Ha Wan-Seung lakonan Kwon Sang-woo yang merupakan seorang detektif.

    Mereka berdua telah bekerjasama dalam menyelesaikan banyak kes sulit dan secara tidak langsung hubungan mereka juga semakin rapat.

    Namun bagaimana pula status Yoo Seol Ok sebagai seorang isteri dan adakah dengan tindakannya untuk menjadi seorang detektif sekaligus bekerjasama dengan seorang lelaki asing secara rahsia untuk menyelasaikan beberapa misi yang sulit itu tidak akan memberi kesan terhadap rumah tangganya.

    Justeru untuk mengetahui kesudahan kisah dalam siri drama yang sangat menarik ini, jangan terlepas untuk terus menonton siri drama Mystery Queen ini sehingga ke penghujungnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda