Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Bake Culture buka cawangan ke-3

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Bake Culture telah membuka cawangannya yang ketiga di Kompleks Pengiran Haji Tajuddin, Kampung Delima Satu, Serusop dengan majlis perasmiannya telah diadakan hari ini.

    Perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan dan Pemilik Kedai Roti Bake Culture, Wu Chun yang juga merupakan pelakon terkenal antarabangsa.

    Menurut Wu Chun, pembukaan cawangan ke-3 di Kampung Delima Satu, Serusop itu antara lain untuk memberikan kemudahan yang lebih baik kepada pelanggannya yang berada di kawasan kampung berkenaan.

    Sempena pembukaan cawangan baru ini, Bake Culture menawarkan 10 kek perisa baru termasuk set terbaru kek yang unik dan sihat seperti D’Floss Cake, White Chocolate Raspberry, Choco-Mango, Royale, Hokkaido Fruit Tart dan banyak lagi.

    Bake Culture Kampung Delima Satu, Serusop itu menampilkan suasana yang lebih selesa dan nyaman di samping menawarkan kek dan roti berkualiti khusus atas permintaan pelanggannya yang menginginkan kek dan roti kegemaran mereka.

    Wu Chun ketika merasmikan cawangan Bake Culture ke-3 di Kampung Delima Satu, Serusop.
    Wu Chun ketika merasmikan cawangan Bake Culture ke-3 di Kampung Delima Satu, Serusop.

    “Kami sangat-sangat menghargai pelanggan kami dan kami juga ingin mereka terlibat dalam mengembangkan lagi produk kami yang berkualiti untuk orang ramai,” ujar Wu Chun.

    Wu Chun juga memberitahu Media Permata bahawa Bake Culture akan mengembangkan lagi cawangannya ke peringkat antarabangsa dengan membuka dua lagi cawangan di China dan New York, Amerika Syarikat (AS) dalam tahun ini.

    “Kerja-kerja pengubahsuaian kedai roti Bake Culture di China dan juga AS sedang giat dijalankan pada masa ini dan kami berharap ia akan berjalan dengan lancar,” jelas Wu Chun.

    Bake Culture mula ditubuhkan di Taiwan dan berkembang ke Negara Brunei Darussalam dan sejak penubuhannya, Bake Culture telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di Taiwan dan juga di negara ini.

    Dengan adanya cawangan baru di China dan AS, Bake Culture berharap akan dapat menawarkan dan memperkenalkan cita rasa makanan Brunei melalui pembuatan roti dan kek yang segar serta berkualiti, tambah Wu Chun kepada Media Permata.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...