Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Balamurugan kecewa Fatin tidak disenarai

    KUALA LUMPUR, 29 MAC – Jurulatih skuad pecut negara M. Balamurugan kecewa dengan keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang tidak menyenaraikan Fatin Ilyana Mat Nayan ke Sukan SEA Hanoi pada Mei ini.

    Beliau berkata berdasarkan prestasi semasa, atlet berusia 19 tahun itu layak berada dalam skuad 4x100m wanita apabila muncul antara empat pelari mencatatkan keputusan terbaik peribadi dengan larian 12.00 saat (s) ke bawah pada Kejohanan Kuala Lumpur (KL) Allcomers minggu lepas.

    Menurut Balamurugan, berdasarkan catatan terbaik musim ini, Zaidatul Husniah Zulkifli, 29, mempunyai pencapaian terbaik dengan catatan 11.62s, diikuti dua atlet berusia 22 tahun – Nor Sarah Adi (11.89s) dan Azreen Nabila Alias (11.90s) – serta Fatin Ilyana (11.97s).

    “Fatin telah membuktikan kemampuannya dapat lari bawah 12.00s dan mampu mengatasi atlet senior, jadi tidak adil jika tidak menyenaraikan beliau. Kita bukannya menentang hantar atlet senior, tetapi berdasarkan pencapaian semasa, Fatin lebih baik.

    “Jadi kenapa tidak beri peluang kepada atlet muda untuk kebaikan masa depan? Kita juga perlu mempersiapkan atlet untuk Sukan SEA seterusnya di Kemboja tahun depan. Saya berharap KOM akan mempertimbangkan penyertaan untuk Fatin,” katanya ketika ditemui di Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...