ISTANBUL, 1 Feb – Seorang terkorban dan dua lagi cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah restoran di Istanbul, menurut laporan media setempat, baru-baru ini.
Menurut akhbar harian Hurriyet, lelaki itu melepaskan tembakannya di sebuah restoran terkenal di daerah Asia Istanbul, Beykoz, mencetuskan panik dalam kalangan orang awam apabila insiden itu mengingatkan akan serangan di kelab malam bandar Reina pada Awal Tahun Baru, di mana 36 orang telah terbunuh dalam satu kejadian tembakan oleh militan Islamic State (IS).
Laporan-laporan awal polis menunjukkan serangan terbaru itu tidak berkaitan dengan keganasan dan penyerangnya telah pun ditahan, menurun akhbar harian itu.
Lelaki bersenjata itu membunuh seseorang yang didakwa membunuh ayahnya 12 tahun lepas, menurut Hurriyet, menyatakan dua orang lagi tercedera dalam kejadian itu.
Istanbul telah ditimpa beberapa siri serangan keganasan sejak setahun setengah yang lepas. – Xinhua