Bale gagal pamer taring

HELSINKI, FINLAND, 4 SEPT – Bintang Real Madrid, Gareth Bale beraksi dalam kesebelasan utama Wales tetapi dikeluarkan selepas babak pertama ketika kemenangan 1-0 ke atas Finland.

Kieffer Moore menjaringkan gol kemenangan 10 minit sebelum tamat aksi Kumpulan 4 Liga Negara-Negara UEFA itu.

“Gareth Bale langsung tiada minit permainan. Ia tugas sukar untuk memilih pasukan.

“Bale mempunyai minit permainan paling sedikit dan tidak mempunyai banyak peluang beraksi dalam saingan bola sepak sebenar,” kata pengendali Wales Ryan Giggs.

“Saya fikir adalah lebih baik membawanya keluar menjelang perlawanan Ahad ini,” kata jurulatih Wales, Ryan Giggs.

Wales akan melayan kunjungan Bulgaria pada Ahad ini, lawan yang seri 1-1 berdepan Republik Ireland di Sofia.

Bozhidar Kraev meletakkan Bulgaria di depan sebelum tandukan Shane Duffy pada minit kecederaan menyamakan kedudukan buat Ireland dalam perlawanan pertama mereka di bawah kendalian pengurus baharu, Stephen Kenny.

Dalam kumpulan sama, pemain Manchester City Oleksandr Zinchenko meledak gol cantik dalam kemenangan 2-1 Ukraine ke atas Switzerland di Lviv.

Dalam Liga B, Artem Dzyuba menjaringkan dua gol bagi membantu Rusia menewaskan Serbia 3-1 di Moscow, manakala dalam Kumpulan 3 yang sama, Hungary mengejutkan Turki 1-0. – AFP

Aksi Bale ketika merebut bola pada aksi menentang Finland semasa perlawanan Liga Negara-Negara UEFA di Helsinki, kelmarin. – AFP