Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Bale gantung kasut

    LONDON, 10 JAN – Gareth Bale mengumumkan persaraan daripada bola sepak dan melakar nama sebagai seorang pemain Britian paling hebat dengan karier gemilang di dalam dan luar negara.

    Pemain Wales itu pernah menjadi pemain termahal dunia apabila berpindah ke Real Madrid dari Tottenham pada 2013 dan seterusnya memenangi Liga Juara-Juara lima kali bersama gergasi Sepanyol itu.

    Bagaimanapun, dia akan sentiasa diingati dan disanjung di tanah airnya kerana pencapaiannya membawa Wales ke dua Kejohanan Eropah dan Piala Dunia pertama sejak 1958.

    Semasa kemuncak kariernya, Bale memacu Wales mara ke separuh akhir Euro 2016 dalam kejohanan antarabangsa utama pertama mereka selama 58 tahun.

    Pemain berusia 33 tahun itu meninggalkan pentas antarabangsa dengan rekod 111 penampilan untuk Wales dan 41 gol, satu lagi rekod.

    “Perjalanan saya di pentas antarabangsa merupakan satu yang telah mengubah bukan sahaja hidup saya tetapi siapa saya,” kata Bale dalam surat terbuka yang penuh emosi kepada penyokong Wales.

    “Sangat beruntung menjadi penduduk Wales dan dipilih untuk bermain dan menjadi kapten Wales telah memberikan saya sesuatu yang tidak dapat dibandingkan dengan perkara lain yang pernah saya alami.”

    Karier Bale bermula di Southampton, di mana dia membuat penampilan sulung pada usia 16 tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...