Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Bale harapan Wales dalam saingan Piala Dunia

    LONDON, 22 MAC – Wales berharap Gareth Bale akan segera cergas bagi saingan playoff Piala Dunia berdepan Austria pada Jumaat ini.

    Walaupun bos Real Madrid, Carlo Ancelotti mendedahkan pemain itu terlepas perlawanan Clasico menentang Barcelona semalam kerana tidak sihat.

    Laporan di Sepanyol pula berkata kapten Wales itu mengalami kecederaan belakang.

    “Dia cuba berlatih pada sebelah pagi tapi belum bersedia untuk beraksi,” kata Ancelotti pada Ahad lalu.

    “Dia kini akan menyertai pasukan kebangsaannya dan mereka akan menentukan sama ada dia dapat beraksi atau tidak.”

    Bale tiba di kem latihan Wales berada dalam senarai pengurusan skuad Robert Page itu bagi saingan kelayakan Piala Dunia, sekalipun hanya beraksi dua perlawanan buat Real Madrid sejak penampilan antarabangsa terakhir pada November 2021.

    Kapten Wales berusia 32 tahun itu sebelum ini disisihkan daripada skuad Real Madrid dalam beberapa perlawanan tetapi berada dalam senarai asal barisan pemain bagi aksi El Clasico yang dimenangi Barcelona, 4-0.

    Aaron Ramsey turut menyertai skuad Wales selepas menjaringkan gol pertama buat Rangers pada Ahad sejak bersama kelab itu pada Januari dari Juventus secara pinjaman. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Gareth Bale semasa membawa bola dalam perlawanan di antara Wales dan Denmark di Johan Cruyff Arena di Amsterdam, Belanda. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...