Bale temui semula sentuhan

GIRONA, Sepanyol, 28 Jan – Gareth Bale hanya memerlukan dua minit untuk bangkit sebagai tanda kemunculan semula selepas berdepan kecederaan, dengan Real Madrid beraksi 10 orang pemain sekali gus menyaksikan kemenangan 4-2 ke atas Espanyol, hari ini.

Bale yang direhatkan sejak 3 Januari lalu akibat kecederaan pada bahagian kaki, telah berjaya memberikan sumbangan besar apabila diturunkan dari bangku simpanan di Stadium RCDE, yang menyaksikan Karim Benzema mengekalkan rentak dengan menjaringkan dua gol.

Sergio Ramos turut menjaringkan gol menerusi tandukan sebelum Leo Baptistao merapatkan jurang buat Espanyol. Bale dan Benzem dilihat banyak membantu namun Rapahel Varane diarahkan keluar padang ketika perlawanan berbaki 18 minit.

Madrid, yang terselamat dengan kemenangan kelima dalam enam perlawanan, masih kekurangan 10 mata di belakang Barcelona, yang menyaksikan kemenangan 2-0 ke atas Girona, menerusi jaringan menarik Lionel Messi. – AFP