Tuesday, March 21, 2023
21.2 C
Brunei

-

Bali sambut penerbangan pertama dari China

DENPASAR, INDONESIA, 22 JAN – Sebuah penerbangan langsung dari China mendarat di pulau peranginan Bali, Indonesia, hari ini, buat kali pertama setelah hampir tiga tahun laluan tersebut digantung akibat pandemik.

Kira-kira 210 orang berada di dalam pesawat sewa yang dikendalikan oleh Lion Air Indonesia dari Shenzhen di wilayah Guangdong di selatan China.

Beberapa pelancong China yang tiba di lapangan terbang di Bali berkata mereka gembira kerana berpeluang melancong ke peringkat antarabangsa sekali lagi selepas China menamatkan sekatan ketat COVID-19.

“Saya berasa sangat gembira dan santai. Sudah lama kami tidak keluar negara,” kata An Pei, seorang pelancong China yang menaiki penerbangan itu.

Penerbangan itu menyusuli keputusan kerajaan China untuk menarik balik sekatan perjalanan yang diumumkan pada 8 Januari dan ia bertepatan dengan permulaan Tahun Baharu Cina, yang diraikan hari ini.

Laluan Shenzhen-ke-Bali akan beroperasi seminggu sekali semasa fasa awal, menurut kenyataan daripada Danang Mandala Prihantoro, jurucakap Lion Air. Indonesia menyasarkan 255,000 pelancong dari China pada 2023. Indonesia merekodkan 94,924 kunjungan dari China dari Januari hingga Oktober 2022.

Lebih 2 juta pelancong dari China melawat Indonesia setiap tahun sebelum wabak itu.

Kepulangan pelancong China dijangka menyokong sasaran keseluruhan ketibaan pelancong tahun ini.

Indonesia menyasarkan untuk merekodkan 3.5 juta hingga 7.4 juta lawatan asing, kata Sandiaga Uno, Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, dalam satu kenyataan pada Jumaat.

China adalah salah satu pasaran terbesar bagi kemasukan pelancongan ke Indonesia. – AP

Tarian singa mengalu-alukan kedatangan pelancong China yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali, Indonesia pada 22 Januari. – AP
Pelancong Cina tiba di Bali. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kishida umum rancangan Indo-Pasifik baharu di India

NEW DELHI, 20 MAC - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini menjemput rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara...
- Advertisment -