Thursday, January 23, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Balik-balik muka sama’ – Fahad Iman

    Pelakon, model, dan aktivis teater, Fahad Iman meluahkan pendapat mengenai proses pemilihan pelakon dalam industri seni.

    “Ini yang berlaku apabila casting berdasarkan populariti,” jelas Fahad Iman.

    Menerusi laman Twitter, Fahad berpendapat jalan cerita sesebuah filem atau drama sudah menarik namun pemilihan para pelakonnya seperti tidak bersesuaian. Jelasnya pemilihan pelakon tersebut dibuat berdasarkan populariti berbanding kewibawaan bakat pelakon untuk menjayakan watak yang diberi.

    Casting in Malaysia has a long way to go. Kadangkala cerita dan segalanya sudah bagus tapi casting ke laut or so so je.

    Itu yang terjadi apabila anda memilih pelakon berdasarkan populariti berbanding betapa kelebihan pelakon untuk sesebuah watak itu sendiri,” tegur Fahad.

    Fahad Iman meluahkan pendapat mengenai proses pemilihan pelakon dalam industri seni. – Agensi

    Tambah Fahad lagi, dia beranggapan kadangkala sesetengah produksi akan memilih pelakon yang sama sehingga penonton berasa bosan.

    “Dan kadangkala mereka memilih pelakon sama. Balik balik muka sama. Sangat bosan,” katanya lagi.

    Di kesempatan itu, Fahad menitipkan pesanan kepada pihak produksi untuk memberi maklum balas kepada pelakon yang disenaraipendek untuk tawaran berlakon. Ini berikutan ada di antara mereka yang hanya diam membisu selepas melakukan rundingan tawaran harga.

    Also productions if you dah shortlist actor then dia tak dapat, sekurang-kurangnya punya kesopanan untuk memberitahu?

    “Ni shortlist, tanya harga, then after that senyap,” katanya

    Terdahulu, Fahad meluahkan rasa berang terhadap sebuah produksi yang telah memberikannya tawaran berlakon pada saat akhir. Jelasnya lagi, dia terpaksa menolak tawaran produksi tersebut kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda