Ballon d’Or perkenal Trofi Yashin

PARIS, 20 SEPT – Anugerah Ballon d’Or bagi penjaga gol akan diberikan buat pertama kali tahun ini, menurut para penganjur, majalah France Football.

Trofi Yashin dinamakan sempena pemain antarabangsa Soviet, Lev Yashin, satu-satunya penjaga gol yang telah memenangi Ballon d’Or.

Ballon d’Or bagi pemain lelaki terbaik pertama kali dianugerahkan pada tahun 1956, kepada Stanley Matthews, yang mana pemenangnya diundi oleh wartawan. Pada tahun lepas, satu anugerah bagi pemain terbaik wanita ditambah. Ia telah dimenangi oleh Ada Hegerberg dari Norway.

Senarai pendek pemenang bagi ketiga-tiga kategori itu akan diumumkan pada 21 Oktober. Dan pemenang tahun ini akan didedahkan pada satu majlis yang akan diadakan pada 2 Disember nanti. Yashin bermain 21 musim bersama Dynamo, dan memenangi Ballon d’Or pada tahun 1963 serta dianggap penjaga gol terbaik dunia pada eranya. – AFP